Ahad, 29 November 2015

pandan butter cake

Hai..hari ni saya update untuk cake saya buat petang tadi, kek pandan mentega.cara amat mudah dan simple je. Entahla, terase nak buat kek pulak hari ni, masa diambil tak sampai 2 jam, boleh siap,jomm..tengok :-)

Bahan-bahan harus ada
1.125gram mentenga biase 1 mentenga seketul tu 250gram, kite cuma perlu potong setengah darinya.
2.100gram gula kasar, persamaan 9sudu besar gula,
3.125gram tepung gandum.
4.3 biji telor.
5.setengah sudu kecil serbuk penaik.
6.setengah sudu kecil soda berkabonat.
7.setengah sudu kecil esen vanila.
8.perisa pandan bersama pewarna hijau.

Cara-caranya.
1.masukkan mentenga bersama gula kasar,pukul sampai sebati.
2.masukkan telor satu persatu.sambil pukul bahan.
3.masukkan esen vanila,dan pukul lagi.
4.masukkan serbuk penaik bersama serbuk soda bekarbonat,dan juga tepung gandum.pukul semua bahan sampai kembang seperti dibawah.
5.selepas itu masukkan perise pandan bersama pewarna hijau.pukul lagi.
Jadila macam ni.

Sediakan kertas kek,untuk diisi bahan yang telah disiap, tapi sebelum itu sapukan mentenga atau planta sekitar loyang, barula letak kertas kek.

Ok bahan dah boleh dibakar diketuhar.
masa setkan 45minit.
gunakan suhu 160 atau 170 c.
Pastikan gunakan api bahagian bawah,supaya atas tidak hitam.
Jangan lupa taburkan cery atau bahan2 yang anda suke.sebelum bakar.

Selamat mencuba yomyom..:-)

Jangan lupa clik butang G+ atau fb dibawah ni ye. Tq.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan