cara buat aiskrim tab sendiri

Jom buat aiskrim tab sendiri dekat rumah mudah dan senang.

Biasa kalau kite pergi pasaraya kite lihat aiskrim berbagai perisa ada,apatah lagi yang coklat yomyom, sedap rasenye.kalau dulu selalu saja beli aiskrim dalam tab tu. Sebab banyak isinya, sekarang ni dah jarang beli, bila dah tahu cara buat aiskrim. Disini saya nak kongsikan cara-cara buat aiskrim,biase 1 kotak susu dustlady saya boleh dapat 4tab aiskrim. Susu kotak besar full cream.mari mencuba..
Bahan-bahan

1 kotak besar susu full cream dustlady apa apa jename pun boleh janji full cream.
1 sudu besar ovelet, boleh dapat dekat pasaraya atau dikedai baker boleh dapat,(kedai buat roti)
1 tin susu cair.
4 sudu besar susu pekat.
4 sudu besar gula kasar.
3Sudu besar serbuk koko, untuk perase, nak pakai perase apa pun boleh terpulang.
suku sudu kecil isen vanila.

Cara-caranya

Mula mula sediakan tab putih untuk dibancuh seprti gambar diatas ni, sebab nak campurkan semua sekali, senang.

Pertama tuangkan 1 tin susu cair dalam tab diikuti dengan 4 sudu besar susu pekat,
masukkan 4 sudu besar gula kasar, masukkan 1 sudu besar ovelet,
tuangkan susu full cream dustlady separuh kotak, jangan pakai sampai abis ye.

Sekarang dah boleh mula bancuh, mase bancuh dalam 15 minit,
selesai 15minit masuk isen vanila bancuh lagi dalam seminit.
Seterusnya masukkan perisa ape yang anda suke! Klau saya minat coklat, jadi saya masuk serbuk koko,

Bancuh sampai jadi kenyal dan berkilat,selepas tu nak tabur ape dekat atas aiskrim ikut kehendak anda, 

Macam mana senangkan, tak sampai 30minit siap, dah boleh simpan dalam peti,

Masa yang diperlukan untuk beku adalah dalam 7 atau 8 jam. Bergantung pada suhu peti ais anda,kalau saya sehari baru beku, sebab peti ais dah penuh lambat nak beku,hihi sampai disini resepi aiskrim saya,

Selamat mencuba, yomyom..
jangan lupa clik tombol G+1 bawah ni ye tq.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan