Ahad, 22 November 2015

kuih suji

Disini saya mahu berkongsi cara buat kuih suji, biasa tahu makan je, sekarang baru belajar cara membuat.ingatkan susahla nak buat kuih suji ni, barula saya tahu rupanya senang je, bahan-bahan pun sangat ringkas saja. Pakai 3 bahan je. Senang betul,mula-mula macam tak percaya pulak,hasilnya memang terbaikla,lagi pun simple je. Caranya. Jom kita lihat bahan-bahan kuih suji dibawah,yomyom..
Bahan-bahan

1.250 gm minyak sapi
2.180 gm gula icing
3.500 gm tepung gandum
Bahan tambahan sediakan ceri buah-buahan untuk hiasa diatas, kalau nak letak coklat cip pun boleh.

Cara-cara membuatnya.
1.masukkan minyak sapi atas kuali,kalau nak pakai periuk kecik pun boleh,panaskan minyak sapi dengan suhu kecil,sehingga minyak sapi jadi cair macam minyak masak.
2.ayakkan tepung gandum bersama dengan gula icing tadi, didalam 1bekas supaya bahan tidak ada yang berketul nanti,
3.masukkan minyak sapi yang dah cair tadi ke dalam bekas tepung dan icing yang telah diayak tadi,seterusnya uli-ulikan sampai menjadi doh,
4.setelah bahan benar-benar menjadi doh, kepal-kepalkan menjadi bulat, ikutla nak buat lojong pun boleh,hihi
5.sesudah semua bahan selesai dikepal menjadi bulat, letakkan buah ceri diatas untuk hiasan lagi cantik.
6.masukkan kuih suji yang dah siap tadi ke dalam ketuhar,suhu 150c selama 20 atau 25 minit, jika membakar tu biar guna api bawah, jangan guna yang atas, kalau tak,  jadi hitam diatas kuih.

Senang je, kalau dah sekali buat,selamat mencuba yomyom..
jangan lupa clik tombol G+ atau share dibawah ni ye, tq

Tiada ulasan:

Catat Ulasan