Assalamualaikum hi semua ini kali pertama saya menulis pasal masakan, walaupun saya tak berapa tahu pasal masakan tapi saya mula belajar sejak saya mengangur, lame la jugak tanam anggur yang tak berbuah hihi, duduk rumah takde buat ape, jadi saya buatla kije-kije yang tak penah buat oleh saya,tiba-tiba boleh fikir nak cuba memasak pulak, yelah selalu tengok je, masak pun yang simple je,sekarang bila dah cuba, rase seronok pun ade, oklah cerita panjang pun tak tamat pulak nanti hihi.oklah ini masakan pertama yang saya belajar ayam masak teriyaki yomyom..sedapnya tak terkata...
Ayam teriyakki
Bahan-bahan
2 ketul peha ayam.
3 ulas bawang putih.
2 ulas halia.
2 sudu besar gula merah.
Suku botol atau setengah sos lada hitam.
secubit garam.
Cara-cara membuat.
1.Potong racik bawang putih bersama dengan halia.
Taburkan atas ayam.
2.taburkan 2 sudu gula merah atas ayam, kemudian gaulkan sebati.
3.tuangkan sos lada hitam keatas ayam yang telah gaul td dan taburkan sedikit garam.
4.gaulkan lagi dan biarkan dalam 1 atau 2 jam supaya ia meresap ke dalam ayam, untuk mendapatkan rase yang lagi sedap.
Cara memasak
Pastikan minyak masak cukup untuk 2 ketul ayam sahaja.
jangan terlalu banyak minyak, sebab tak mahu kehilangan rase sos lada hitam.
Tuangkan semua dengan sos lada hitam sekali supaya tiada yang tertinggal,
gorengkan dalam 15 minit dengan api sederhana.
Siapla ayam teriyakki makanla sendiri simple je, yomyom
Selamat mencuba dan jangan lupa clik di tombol G+1 dibawah ni ye, tq.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan